Situasi 14
Assalamualaikum, harap kita semua berada dalam keadaan sihat selalu. Pada kali ini, saya ingin berkongsi satu kata iaitu, selalu yang boleh membezakan makna. Hal ini bermula apabila saya menemani sahabat saya yang berasal dari negeri Kelantan ke pusat latihan memandu untuk mendaftar kelas memandu. Setelah mengisi beberapa borang yang diperlukan, kerani di pusat tersebut meminta kawan saya membuat satu salinan fotokopi kad pengenalannya.
Kerani: Semua borong dah lengkap diisi. Cuma saya nak satu
salinan kad pengenalan.
Syarifah: Salinan kad nale ni nok selalu ko?
Kerani: Apa?
Syarifah: Oo..maksud saya salinan kad pengenalan ni nak
sekarang ke?
Kerani: Saya nak sekarang ni.
Pendapat: Kerani di pusat latihan memandu tidak memahami kata selalu kerana mengikut makna atau dari segi semantik kata selalu yang dituturkan oleh Syarifah membawa maksud sekarang mengikut pemahaman dialek Kelantan. Berkemungkinan juga kerani tersebut mengandaikan maksud kata selalu yang diujarkan Syarifah membawa makna tidak terhenti- henti dan terus- menerus. Keadaan ini menunjukkan terjadinya kekeliruan pemahaman maksud disebabkan oleh penggunaan dialek di luar daerah lingkungannya.
No comments:
Post a Comment