Situasi 8
Situasi di dapur
Mak cik Senah: Milah, pi basuh pinggan nuh, penuh dalam
sink tu.
Milah: Ala, mak…sat la, nk tengok tv ni.
Mak cik Senah: Hang ni segan la, Milah.
Situasi di bilik kuliah
Lisa: Hari ini giliran kamu bentangkan pembentangan
kumpulan kita, Mardiah.
Mardiah: Saya segan nak bentang, Lisa.
Lisa: Kita sebagai guru tak patut segan berhadapan dengan
orang, Mardiah. Yakinlah pada diri sendiri.
Mardiah: Terima kasih, Lisa. Saya akan cuba.
....................................................................................................................................
Pendapat: Segan membawa maksud yang berbeza mengikut
berdasarkan situasi dan tempat yang digunakan oleh masyarakat. Segan dalam
bahasa Melayu standard membawa maksud malu. Namun, segan dalam dialek kedah
membawa makna yang berbeza iaitu, malas. Penggunaan kata segan harus digunakan
secara betul mengikut situasi agar tidak menimbulkan salah faham dalam kalangan
kita terutamanya masyarakat Kedah yang menggunakan kata segan sebagai malas atau
pemalas.
No comments:
Post a Comment