Kebanyakan golongan ahli masyarakat yang terdiri daripada
pelajar sekolah, institut pengajian tinggi, dan orang dewasa yang tinggal di
kawasan bandar suka menggunakan percampuran bahasa antara bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris. Situasi ini lebih dikenali sabagai bahasa rojak dalam kalangan
masyrakat kita. Keadaan ini berlaku apabila saya menonton rancangan kelolaan
Faizal Ismail yang menjemput beberapa orang artis yang agak terkenal di negara
kita. Soalan yang dikemukakannya dijawab oleh artis- artis tersebut dengan gaya
bahasa rojak.
Berdasarkan pemerhatian saya terdapat salah seorang daripada
artis yang dijemput ke rancangan tersebut kerap menggunakan bahasa rojak ini.
Sebagai contoh,“Bagi pendapat I la kan, actually kita patut..” dan “You rasa
betul ke tindakan you tu..”. Mereka lebih cenderung menggunakan bahasa Melayu
bercampur dengan bahasa Inggeris. Keadaan ini bukan sahaja berlaku dalam
kalangan artis malahan diri kita sendiri. Sebagai contoh yang terdekat,saya
sebagai pelajar universiti juga sering menggunakan percakapan sedemikian
seperti “Kenapa line internet ni slow sangat, nak buka facebook pun tak boleh”.
Situasi ini berlaku disebabkan oleh percampuran
kod. Percampuran kod berlaku apabila kita sedang bercakap bahasa Melayu
menyelitkan bahasa Inggeris. Mereka beranggapan bahawa pendengar memahami dan
fasih dalam kedua- dua bahasa. Kadang- kala penutur lebih suka menyelitkan
kedua-dua unsur ini untuk melicinkan percakapannya supaya lebih senang.
Berdasarkan
situasi di atas pelajar akan lebih suka menyelitkan unsur bahasa Inggeris kerana
mereka lebih terdedah kepada bahasa Inggeris kerana sistem pembelajaran
dwibahasa, galakkan penguasaan bahasa Inggeris, nilai ekonomi kosa kata bahasa
Melayu. Kosa kata bahasa Melayu yang agak panjang dan digantikan dengan kosa
kata bahasa Inggeris yang pendek seperti laman muka buku kepada facebook akan lebih menyenangkan cara
penyebutannya. Bagi golongan masyarakat bandar yang hidupnya lebih terdedah
dengan sosioekonomi yang agak baik akan mudah menonjolkan penyelipan unsur
bahasa Inggeris lain dalam percakapannya seperti yang berlaku dalam rancangan
televisyen yang telah saya lihat.
No comments:
Post a Comment