Sewaktu saya ke Bidor mahu ke Bidor beberapa hari yang lepas, saya telah ke pasar pekan tersebut dengan nenek angkat saya atau dikenali sebagai opah oleh orang Perak. Ketika sedang memilih sayur, seorang mak cik yang berketurunan India telah menegur opah dengan bahasa Tamil dan bahasa badannya menunjukkan dia ingin mengetahui hubungan saya dengan opah. Saya menegur dan bertanya semula kepada mak cik India dan opah perkara yang diperbual oleh mereka. Mak cik India tadi terus ketawa. Dia menerangkan maksud yang diujarkannya bersama opah tadi dengan mesra. Tanpa disangkan dia juga telah memberitahu saya maksud cucu dalam bahasa Mandarin mengikut dialek tempat tersebut.Pada detik itu, saya berasa kagum terhadap golongan masyarakat yang sudah berumur di kawasan itu yang boleh saling berinteraksi dan saling mempelajari bahasa masing-masing.
Pendapat: Bahasa merupakan tunjang perpaduan bangsa. Berdasarkan situasi di atas, saya berpandangan kita seharusnya cuba untuk mempelajari bahasa masyarakat majmuk di negara ini. Hal ini demikian kerana bahasa dapat merapatkan hubungan antara kaum. Sebagai contoh, masyarakat Cina dan India boleh memahami dan bertutur dalam bahasa Melayu walaupun agak pelat. Bagi pandangan saya, jika kita mampu bertutur dalam bahasa Mandarin dengan orang Cina ketika membeli barang yang mereka jual, mereka boleh bertolak ansur untuk menawarkan harga yang agak rendah kepada kita. Dengan ini, kita seharusnya mencuba untuk saling mempelajari bahasa masyarakat majmuk di negara ini selain memartabatkan bahasa ibunda, bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment