Saturday, 3 March 2012

ENTRI 1:PANGGILAN KEKELUARGAAN


Bidang sosiolinguistik meliputi interaksi yang merangkumi komponen yang diberi perhatian seperti status, pangkat, dan jati. Situasi ini dapat dilihat interaksi antara hubungan kekeluargaan dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, pangkat dalam hubungan kekeluargaan masyarakat Melayu kita dibezakan dengan panggilan Abang LongKak Ngah, Mak SuAyah LongMak Ngah, dan lain- lainNamun, sistem panggilan keluarga masyarakat Melayu telah banyak berubah daripada ungkapan panggilan tradisi kepada moden kesan pengaruh asing seperti daddy, umi, baby, uncle dan banyak lagi. 
Dalam situasi kehidupan diri saya sendiri, keluarga kami masih lagi mengekalkan sistem panggilan  tradisi mengikut pangkat dalam keluarga. Saya mendapat panggilan Kak Long oleh adik- beradik kerana pangkat anak pertama dalam keluarga. Emak juga anak sulung daripada tiga orang adik- beradik dan mendapat gelaran Mak Long oleh saudara- maranya. Bagi saya, gelaran yang diberikan saudara-mara merupakan satu penghormatan atas pangkat kekeluargaan yang dimiliki. Saya turut menggelarkan emak saudara yang paling bongsu dengan panggilan Mak Su dan panggilan Ayah Ngah kepada adik emak saya yang satu-satunya lelaki dalam keluarga.  Seterusnya, gelaran Kak Long yang dipanggil oleh adik-beradik dan saudara- mara yang lain kepada saya juga mampu memberi rasa dihormati dan dihargai dalam diri sendiri. 
Jika sistem kata panggilan keluarga dianggap isu yang ketinggalan zaman dan kurang mempunyai nilai ekonomi dalam suasana dunia moden dan global namun kehidupan masyarakat Melayu yang terikat dengan persekitaran dan institusi bangsa. Oleh itu, sistem panggilan keluarga merupakan perkara yang membanggakan. hal ini demikian kerana sistem panggilan tadisi mengikut pangkat berperanan penting dalam mensosialisasikan dan mendidik generasi muda supaya hidup menghormati melalui bahasanya. Masyarakat  Melayu tidak seharusnya lupa akan soal pembinaan bangsa dan adat Melayu yang bergerak seiring dengan pembangunan aspek manusia, sosial, dan alam sekitar.


No comments:

Post a Comment