Istilah sosiolinguistik digunakan secara meluas setelah istilah ini digunakan dalam penulisan seorang guru Ameriak Syarikat, Currie pada tahun 1952 (Dittmar 1976). Pada permulaannya istilah ini digunakan olehnya untuk merujuk hubungan antara perilaku manusia dengan struktur sosialnya.
Sosiolinguistik merupakan kajian yang menggabungkan hubungan antara bahasa dengan masyarakat. Istilah sosiolinguistik juga menggabungkan dua perkataan, iaitu sosio dan linguistik. Kajian sosiolinguistik dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif atau makrososiolinguistik dan pendekatan kuantitatif atau mikrososiolinguistik.
Kajian makrososiolinguistik kebiasaannya dijalankan secara menyeluruh, luas dan umum. Kajian mikrososiolinguistik pula dilakukan secara lebih terperinci dan khusus, jumlah informannya sedikit, mengehadkan skop kajian, dan kajian jangka pendek sahaja.
No comments:
Post a Comment