ENTRI 26
‘Siapa yang makan
cili, dia akan terasa pedasnya’, ungakapan yang
kadangkala sangat menyentuh hati apabila mendengarnya. Hal ini demikian kerana
kita tidak dapat lari dari kenyataan hidup yang penuh dengan pelbagai ragam
manusia dan karenah. Pernahkah anda mendengar ungkapan ini dicorong telinga
anda? Adakah ungkapan ini ditujukan kepada anda? Bagaimanakah pula perasaan
anda apabila mendengarnya? Adakah anda benar-benar memahami maksud yang ingin
disampaikan? Berdasarkan pengalaman saya perjalanan menyelusuri sketsa
kehidupan duniawi, ungkapan ini ditujukan kepada seseorang yang membawa maksud
sesiapa yang melakukan sesuatu perkara yang dimaksudkan, maka dia akan terasa
kesannya. Saya juga pernah mendapat sindiran sebegini yang ditujukan secara
rawak, namun kita akan terasa bahang ungkapan itu setelah memahami perkara yang
ingin dilontarkan oleh penuturnya.
Adakalanya, kita sering melihat pelbagai ragam manusia yang menimbulkan rasa marah, tidak puas hati, benci, dan lain-lain perasaan. Kita akan melontarkan perasaan itu melalui kata-kata halus iaitu, bahasa kiasan untuk menjaga kesopanan dalam masyarakat. Ungkapan ' Tua
tak sedar diri, rumah dah kata pergi, kubur dah kata mari, tapi masih macam
orang muda' sering terkeluar oleh diriku dan rakan-rakan apabila melihat orang yang sudah berumur namun masih berperangai tidak sopan terutama di depan khalayak.
Sebenarnya, perkataan yang digunakan untuk mengata, mengejek, mengeji atau mencela seseorang ialah sindiran. Sindiran dilakukan tanpa berterus-terang. Bahasa sindiran mengandungi maksud yang ditujukan kepada seseorang namun tidak disebutkan secara tepat. Jenis bahasa ini hanya disinggung atau dikias-kiaskan kepada perkara yang lain kerana tidak mahu disebut secara berterus terang. Sifat tidak suka berterus-terang menjadi amalan biasa dalam masyarakat orang Melayu kerana mereka berpegang kuat pada prinsip menjaga hati orang lain.
Oleh sebab itu, mereka menggunakan bahasa sindiran untuk menyatakan sesuatu yang terbuku di hati, atau melepaskan perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu yang tidak menyenangkan. Perkara seperti ini dilakukan secara tidak berterus-terang dan penuh hormat. Dengan menggunakan susun kata yang teratur serta bahasa yang beragam, sindiran ini dapat memainkan peranannya yang tersendiri dalam menyedarkan orang yang disindir itu. Perkataan yang berlandaskan ragam sindiran lebih tajam dan lebih pedih kesannya, tetapi kadang-kadang, bahasa sindiran itu tidak pula memberikan apa-apa makna kepada orang yang disindir. Walau bagaimanapun, bahasa yang dikiaskan secara sindiran akan difahami juga oleh orang yang disindir.

No comments:
Post a Comment