ENTRI 33
Bahasa tempelak merupakan bahasa yang digunakan untuk mengata seseorang dengan perkataan yang tepat, tetapi dengan gaya mengajukkan
keburukannya serta mempermain-mainkannya sehingga orang yang mendengar akan
mentertawakannya. Kata-kata ini akan menimbulkan perasaan marah orang yang
ditujukannya itu.
Bahasa tempelek juga sering berlaku dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, apabila aku melakukan perbuatan yang salah walaupun telah ditegur pada awalnya. Bahasa tempelak yang akan terkeluar dari bibir keluarga dan kawan-kawanku.
Aku juga masih teringat peristiwa, dompetku hilang kerana sewaktu singgah makan di sebuah restoran. Ibuku sudah berpesan supaya menjaga dompet dengan berhati-hati kerana bimbang akan tertinggal dompet yang ku bawa ditangan. Namun, dompetku telah tertinggal di restoran tersebut. Ibuku berkata,"Tadi mak dah cakap, jaga baik-baik dompet, nanti tertinggal,susah,orang bagi nasihat tak dengar,". Walau bagaimanapun, aku mengakui kesalahanku kerana ambil mudah nasihat ibuku.
Ulasan:
Bahasa tempelek memang sering kali diujar semasa berada dalam keadaan marah dan menimbulkan rasa tidak senang hati apabila mendengarnya. Walau bagaimanapun, bahasa tempelak juga boleh kita ambil sebagai pengajaran dalam kehidupan atas kesalahan yang dilakukan.

No comments:
Post a Comment