ENTRI 21
Peribahasa
Tanam lalang tak akan tumbuh padi
Maksud: Kejahatan akan dibalas dengan kejahatan sebagai balasan
"Segala susunan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai setelah beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya-dipakai akan dia jadi sebutan- sebutan oleh orang sebagai bandingan, teladan, dan pengajaran."Za'ba (1965:65)
Simpulan bahasa
Senapang buluh
Makna simpulan
bahasa iaitu, cakap besar yang tidak berisi dan berfaedah.
Abdullah Yusof et al. (2009: 117), simpulan bahasa juga disebut sebagai ungkapan, iaitu rangkaian perkataan yang tetap bersimpul atau terbeku dengan susunan yang khas dan dipakai dengan erti yang berlaian daripada asal. Simpulan bahasa juga merupakan salah satu jenis peribahasa yang sangat luas digunakan serta diminati oleh masyarakat Melayu.
Abdullah Yusof et al. (2009: 117), simpulan bahasa juga disebut sebagai ungkapan, iaitu rangkaian perkataan yang tetap bersimpul atau terbeku dengan susunan yang khas dan dipakai dengan erti yang berlaian daripada asal. Simpulan bahasa juga merupakan salah satu jenis peribahasa yang sangat luas digunakan serta diminati oleh masyarakat Melayu.
Perupamaan
Getah meleleh ke pangkal, daun melayang jauh
Perhatian serta kasih sayang seseorang lebih kepada saudara-maranya sendiri daripada orang lain.
Abdullah Hassan (1993:909) mentakrifkan perupamaan sebagai perbandingan makna yang sangat jelas. Hal ini kerana perupamaan didahului oleh perkataan-perkataan seperti seolah- olah, ibarat, bak, seperti, laksana, macam, bagai dan umpama.
Pepatah
Acang-acang dalam negeri
Orang yang mendapat kepercayaan daripada penduduk setempat kerana kejujurannya.
Abdullah Yusof (2009:133), pepatah merupakan salah satu daripada jenis peribahasa. pepatah dilihat seakan- akan sama dengan bidalan. Namun, pepatah mempunyai sifat rangkaian kata-kata yang berkerat- kerat atau berpatah- patah, tetapi mengandungi unsur pengajaran.
Seloka
Sejenis puisi melayu traditional yang berbentuk karanagn berangkap yang mengandungi unsur ejekan,giatan,sindiran,jenaka atau gurau senda dan digunakan untuk menyindir sambil belajar (Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir,2005a:376-377)
buah pinang buah belimbing,
ketiga dengan si buah mangga,
sungguh senang berbini sumbing,
walau marah ketawa juga.
Bidalan
Bidalan lebih memberatkan tentang sifat melekatnya di mulut orang ramai dan tentang bandingan dan teladan yang ada di dalamnya.Za'ba(2002:170)
Bawa resmi padai,makin berisi makin ruduk
Tamsilan
Tamsilan ialah peribahasa yang menyebut sesuatu maksud dengan diupamakn atau dikiaskan kepada sesuatu perkara lain dan ertinya menjadi dual lapis.Za'ba(2002:170)
Seperti bulan di pagar bintang
Teromba
Teromba ialah sejenis tambo berbentuk prosa berirama dan kadang-kadang bercerita. Adakalanya teromba berisi penuturan tentang adat istiadat.Abdul Rozak Zaidan,(1994:204)
Kata Pujangga
Perkataan orang yang bijak pandai yang mengandungi pergertian yang tinggi.Gurindam
Sajak dua baris yang berisi nasihat dan pengajaran, bergurindam membaca atau menyebut gurindam (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Perbilangan
Peribahasa yang melahirkan kata-kata yang sudah menjadi peraturan, undang-undang atau nasihat yang dijadikan pegangan.(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Hadis Melayu
Hadis Melayu adalah perkataan yang bukan bersandar atau disabdakan oleh rasulullah. s.a.w. ia adalah ungkapan mengenai sesuatu perkara yang kebanyakannya diambil daripada kitab-kitab jawi lama atau banyak merujuk buku terjemahan dalam bahasa melayu tanpa merujuk kepada naskah asal bahasa arabnya. (Roslan Mohamed,pensyarah Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya~Utusan Malaysia 27 Jun 2006)Contoh:Melarang kanak- kanak kecil yang belum baligh berada dalam satu saf yang sama dengan orang dewasa semasa bersolat.
Alasan:Kanak-kanak masih najis kerana belum berkhatan. Takrifan najis dalam masyarakat amat berat sedangkan dalam Islam kanak-kanak yang belum berkhatan adalah bersih jika mengenakan pakaian bersih kecuali mereka membuang air kecil atau besar.
No comments:
Post a Comment