Sunday, 30 September 2012

BILA NIKMAT DITARIK


Kadang-kadang dalam kehidupan kita, kita jarang bersyukur atas segala nikmat yang ada. Lalai dengan nikmat dunia, masalah kehidupan, dan macam-macam lagi. Ada juga kita berfikir kita tidak beruntung seperti orang lain. Tak sepandai mana pun, rupa pun biasa-biasa saje. Tapi bila salah satu nikmat yang kita ada diambil olehNya, barulah kita rasa sangat berharganya ia. sebagai contoh nikmat kesihatan yang baik. Baru-baru aku kemlgn walaupun kemlgn tidak seteruk mana namun luka yang terdapat pada kakiku membuatkan aku tidak dapat berjalan dgn baik. barulah aku sdar nikmat semasa sihat. bila nk mkn pula, terpaksa berpantang. banyak nikmat tidak dapat aku rasa. kesakitan yg aku alami juga, dapat menyedarkan diri nikmatnya semasa kita sihat. 
p/s~bersyukurlah apa adanya yang DIA berikan kpd kita.

Monday, 30 April 2012

BAHASA SINDIRAN

ENTRI 40


BAHASA SINDIRAN
Bahasa sindiran ialah perkataan yang ditujukan maksudnya kepada seseorang dengan tidak disebutkan dengan tepat, hanya disingung dengan dikias-kiaskan atau diarahkan kepada perkara lain kerana tidak mahu menyebutnya secara berterus-terang.

SITUASI:

Lagu Raya nyayian Jalil Hamid dalam bentuk nyayian jenaka menyampaikan pesanan positif dalam bentuk sindiran. Penggunaan lirik yang berbentuk sindiran bersahaja 'KALAU KITA MALAS NAK BERPUASA KITA SAMA MACAM HANTU RAYA' dinyayikan oleh Jalil Hamid. Maksud sindiran ini bukannya ditujukan kepada orang yang uzur tetapi sengaja meninggalkan puasa. Dengan ini, sindiran melalui lagu ini mampu memberi kesan positif dan keinsafan dalam diri masyarakat. 

BAHASA HERDIK

ENTRI 39
BAHASA HERDIK
Bahasa herdik merupakan suatu ragam bahasa. Bahasa ini menyerupai bahasa tempelak namun bahasanya lebih keras dan bernada mengejek. Bahasa ini adakala digunakan dalam masyarakat yang tergolong percakapan tidak sopan. Dengan ini, penggunaan bahasa ini hendaklah dielakkan dalam komunikasi antara individu.

SITUASI:
Aku dan rakanku telah mengikuti satu program gotong-royong di kawasan perkampungan sekitar Kuala Kubu Baru. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti gotong-royang membersihkan surau, memasak makanan tengah hari, dan mengecat pagar. Sewaktu aku dan beberapa rakan yang lain sedang sibuk membuat erja masing- masing, tiga orang sahabat telah meluru ke arah kami sambil memerhatikan kami membuat kerja. Walau bagaimanapun, salah daripada rakanku telah mengeluarkan ujaran berbentuk bahasa herdik.

"Kalau dah datang kemari, tak akan tak reti nak buat kerja, jangan duduk menyemak saja."




ULASAN: Berdasarkan situasi di atas bahasa herdik diujarkan sewaktu kita berasa tidak puas hati terhadap seseorang. Namun, penggunaan bahasa ini tidak sesuai digunakan dalam komunikasi kerana menunjukkan ketidaksopanan penutur. Kita boleh menegur atau menyuruh seseorang dengan cara yang baik.



BAHASA SERUAN/MENGELUH

ENTRI 38


BAHASA SERUAN ATAU MENGELUH
bahasa yang digunakan untuk mengeluarkan perasaan kecewa dan sebagainya namun tidak dilepaskan secara keseluruhan perasaan tersebut.


SITUASI:
Sempena pesta buku yang akan berlansung di PWTC, aku tidak dapat mengikuti sahabatku yang akan ke sana untuk membeli buku-buku dan bahan bacaan yang menawarkan harga yang berpatutan walaupun aku teringin hendak ke sana.


"Jom, kita pergi pesta buku hari Sabtu ni."
   "Em...tak apalah pergilah, aku tak dapat pergi..."

Seterusnya, bahasa seruan atau mengeluh sering kali diujarkan semasa kita dapat sesuatu yang dihajatkan atau diimpikan tidak tercapai. Situasi dalam kalangan pelajar yang ingin mendapat keputusan yang tinggi setelah belajar bersungguh-sungguh namun keputusannya tidak seperti yang diharapkan akan menimbulkan rasa kecewa. 

"Ah...keputusan peperiksaanku rendah lagi..."


Contoh lain: Ah...tak dapat ku gambarkan perasaan hatiku padamu.

BAHASA BUKAN

ENTRI 37
Bahasa bukan merupakan ragam bahasa yang memakan kata bukan mendahului kata yang lain. Kita sering menggunakan bahasa bukan tanpa kita sedari dalam kehidupan seharian terutamanya dalam pergaulan rakan sebaya, ibu bapa, rakan sekerja, dan ramai lagi.

Contoh penggunaan bahasa bukan dalam kehidupan seharian:
"Bukan main melaram lagi kamu ni, patutlah lambat sampai."
Kita akan menggunakan dialog di atas setelah menunggu agak lama untuk ke sesuatu tempat yang dijanjikan kerana menghabiskan masa dengan menghias diri. Kebiasannya dialog ini digunakan antara rakan sebaya.
"Bukan saya tak sudi datang ke maljlis esok."
Dialog di atas digunakan oleh seseorang untuk menyatakan rasa serba salah atau bukannya sengaja untuk tidak hadir dalam suatu majlis.
"Bukan sebarangan orang yang akan dapat anugerah itu."
Dialog tersebut biasa digunakan untuk menunjukkan rasa bangga terhadap suatu pencapaian seseorang.
"Bukan senang nak buat kerja tu."
Dialog di atas menyatakan bahawa susah melakukan pekerjaan yang disuruh yang digantikan dengan frasa 'bukan senang'.



DASAR BAHASA



ENTRI 36
DASAR BAHASA
Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan dalam negara yang berdaulat, Malaysia. Selain itu, bahasa Melayu juga ialah bahasa rasmi. Bahasa Melayu yang memegang bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi menjadikan bahasa ini menjadi bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam, bahasa pengantar, urusan surat-menyurat, laporan, bahasa ilmiah di sekolah dan institut pengajian tinggi.

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Fasa (1) Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa : 'Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang parlimen'

Menurut Profesor Asmah Haji Omar dalam bukunya "Perancangan Bahasa" dengan rujukan khusus kepada perancangan bahasa Malaysia telah mengistilahkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara.


Dasar bahasa kedua seperti di Malaysia telah menetapkan bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.